kakak ku jauh nun disana , bekerja siang dan malam untuk menampung keperluan hidup , begitu juga dengan suami beliau tidak ketinggalan mengerah keringat untuk keluarga tercinta , aku mempunyai 3 orang kakak yang yang berbeza personaliti . : ) pertama dan kedua telah mendirikan rumah tangga dan yang ketiga masih "single" dalam pengetahuanku .. mudah mudahan beliau cepat2 mendirikan masjid sebab aku anak keempat ^ ^ .
kakak-kakakku cemerlang dalam bidang akedemik jauh bezanya berbanding aku ,aku terfikir , , dan setelah dianalisa tentang cara kehidupan mereka ,maka aku telah mendapat jawapan mengapa aku tidak setanding mereka . . sebab , , sebab aku sedikit malas, ,tak lah malas sangat , boleh lah , sebab apa aku malas ? sebab aku tidak pernah berfikir untuk apa aku belajar selama ini !, untuk apa ? walaupun sudah berkali2 dinasihatkan oleh keluargaku bahawa dengan pelajaran masa depanmu terjamin , aku memberontak tidak pergi sekolah , , akhirnya tamat sudah zaman persekolahan ku dan result SPM aku ^ ^ , boleh dikatakan Baik , alhamdulillah, syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi sebab aku yang sedikit malas dan tidak minat belajar pun boleh mendapat keputusan yang boleh ku banggakan hehe ,
bukan pencapaian ku yang ingin di nukilkan disini , tapi tentang Kasih Sayang seorang yang bergelar Ibu , alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t yang telah menganugerahkan seorang Ibu yang sangat baik kepadaku ,walaupun ibuku hanyalah suri rumah, tidak berlatarkan sejarah akedemik yang baik disebabkan tidak bekesempatan untuk menyambung pelajaran atas faktor kemiskinan , jika ibuku berpeluang ketika itu , insyaAllah pasti ibuku mencatat nama yang besar dalam industri yand diceburi , akan tetapi ibuku masih lagi seorang ibu yang hebat dimataku, ibuku seorang yang bijak dan sangat berminat untuk belajar disebabkan tidak berkesempatan maka ibuku berusaha keras untuk memastikan kami anak anaknya berjaya . insyaAllah di dunia dan akhirat ,itulah kehendak ibuku.
manusia sifatnya pelupa terutamanya aku , aku lupa akan jasa jasa ibuku. . ibuku menangung kesakitan yang teramat ketika melahirkanku , dengan harapan aku bakal mengubah nasib keluargaku,aku anak lelaki pertama dalam keluarga , jadi besar tanggungjawab berbanding kakak kakakku ,harapan ibu bapa melangit terhadap ku .baru aku tersedar , aku leka , lupa akan tanggungjawabku pada keluarga ,leka dengan suasana dunia yang penuh dengan tipu daya , terlupa apa maksud hidup dan tanggungjawab pada Allah pada Rasul dan pada kedua orang tua serta masyarakat.
. aku terpandang akan anak saudaraku , anak saudaraku yang di asuh oleh ibuku takkala ibunya(kakakku) berkerja di kuala lumpur . aku terlihat akan celotehnya yang nakal , meronta ronta , mengada ngada , menangis , disuapkan ,dimandikan,dipakaikan , dijaga dengan rapi bagaikan raja ,letakkan kepentingan cucunya melebihi kepentingan dirinya sendiri hatta ketika sakit sekalipun .,itulah kasih sayang !. ibuku letih dengan karenahnya , lewat malam , menangis anak saudaraku minta susu kononnya, , dalam keadaan serba lemah bangun siapkan susu untuk dijamah cucunya , nyamuk parking di tubuh kecilnya , dihalau , fokus dan telitinya ibuku pada cucunya . ,sayang sekali katanya , itu cucu , ,bagaimana ketika aku ! ! ! anak lelaki yang pertama dalam keluarga selepas kakak kakakku , aku dinanti nantikan oleh ibu bapaku diberitakan oleh kakakku.
, Ya Allah , beginikah aku ketika aku kecil dan seusia dengan nya , aku tersentak , selama ini aku masih lagi mengada-ngada dengan ibuku , banyak dosaku pada ibuku , selalu kecewakan ibu ! ! ! , , sebab egonya aku , ,akan tetapi ibuku masih cool , tetap dengan sifat kasih sayang nya, aku dapat merasakan ibuku adakalanya terkecewa dengan ku , ibuku sayang akan aku , aku tidak menghargainya dengan baik , itu lah aku , ,,aku yakin setiap Ibu-ibu didunia ini pasti hendak melihat anak-anaknya berjaya , pasti ! ! ! , itu harapan seorang ibu , berhempas pulas membesarkan aku , menghabiskan wang berjuta -juta ringgit sekolahkan ku , tapi aku masih dengan sifat ego aku . ibuuuuu . tidak sekira betapa nakalnya aku , ibuku tetap kasihkan aku , curahkan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya pada ku , aku masih tidak menghargai ibuku dengan sebaik2nya,
ibu , , , , , tangisanmu membuatku benci dengan diriku , , aku sedihhh , ,tidak tenang melihat ibuku menangis kerana ku , aku takk nakkk....tak nak sangattttttttt ! ! ! aku kecewakan ibu , , ibuku cuba menyembunyikan tangisannya. .dibalik nada suaranya , aku tahu . . aku anak ibu , , aku tahu bila ibuku kecewa denganku ., ibu . . . ,dalam lubuk hatiku hendak sangattttt ku katakan pada ibu bahawa aku sangattttt sayangkan ibuuuu , yaaa , tapi , , , , , ,inilah aku , , , ingin sekali ku peluk erat akan ibuku , , cium pipinya, , bauannya masih jelas terhidu ketika kali terakhir aku memelukinya sebelum peperiksaan SPM , Ya Allahh , aku harap hari itu akan tiba , amin ,.
tidak terhitung dosaku pada ibu , yang selama ini tidak jemu memberikan apa saja kehendakku , , tidak pernah ditolak semata untuk melihat ku bahagia dan gembira , tapi aku , , tidak pula menghargai usaha ibu selalu mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang aku ada,Ya Allah , itulah ibuku . . . . . pengorbanan sehingga aku dewasa kini , masih belum terbalas jasa jasanya , ibu , dalam hati kecil ku ini , ingin sangat ku lihat ibu gembira dan bangga dengan ku . .nak sangatttt , ,aku rindu kegembiraan wajahmu , tapi aku selalu kecewakanmu , maafkan anakmu ini ibu , janji janji padamu insyaAllah akan ditunaikan disamping menghadiahkan keputusan akedemik yang tidak sebaik kakak dan doa untukmu ibu dan ayah sampai nafas terakhirku .ku inginkan wajahmu gembira melihatku , bukan sebaliknya ,kan ku cuba menjadi anak yang soleh semata mata kerana Allah ,dan mentaatimu dengan sebaik baiknya , hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mu ibu ,
ibu , ayah , kakak dan adik , ku sedar bahawa diriku bukan anak , adik , dan abang yang baik ,selalu menyusahkan kamu semua , akan tetapi ingin sangat kukatakan kepada semua bahawa sepanjang hidup ku ini ,sampai saat ini ,
amir sangat sayangkan kamu semua. : ) terutama
kepada mu Ibu dan Ayah . .
Allahu, tidak terbayang bagaimana peritnya perjalanan hidup mu pada masa ini. Diuji dengan ujian yang sangat luar biasa dahsyatnya. :'(
ReplyDeleteHidup ini memang penuh dengan ujian, ujian yang berbentuk kesusahan, kegagalan, kemiskinan, kelaparan, kesedihan, perpisahan. mahupun ujian yang berbentuk kesenangan, kemewahan, kegembiraan.
dan Allah berfirman, "dan berikanlah khabar gembira buat orang orang yang sabar"
insyaAllah, suatu hari nanti, kamu pasti menjadi anak yang sangat membahagiakan ibu bapa mu di dunia dan di akhirat. menjadi anak lelaki yang paling berguna pada keluarga dan menunjukkan contoh islam yang terbaik buat mereka semua sehingga kamu sekeluarga hidup bahagia suka dan duka dalam suasana yang penuh islamiyah. insyaAllah. amin.
sebagai balasan sayang buat keluarga mu, tanamlah cita-cita terbesar iaitu bersama-sama dengan keluargamu masuk ke dalam syurga tertinggi. insyaAllah. ketika itu, pasti mereka sedar betapa mendalamnya sayangmu kepada mereka.