Thursday, 15 March 2012

manusia

alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah , banyakkanlah bersyukur kerana dengan banyaknya bersyukur maka akan ditambah lagi nikmat nikmat dari Nya , sungguh tidak terhitung akan nikmat Nya terhadap diriku ini , selalu lalai dalam mentaati perintah Nya , keindahan pagi dengan awan yang menyinar kemerahan membuatku terasa kerdilnya diri ini , pada hakikatnya aku sedang diperhatikan oleh Allah s.w.t , malu ! ! ! , 

aku pelupa , lupa pada Nya , selalu ditipu dengan musuh-musuh ketatku yang tidak pernah pernah jemu men"failedkan" aku dalam setiap ujian yang menimpa diriku , aku malu ! ! ! berjanji manis pada Nya , tidak mengulangi kesalahan ku , tapi aku tetap . . . . . tapi setiap kegagalan ku dalam menempuhi ujian Nya , pasti akan ada sesuatu pembelajaran yang baru bagiku , alhamdulillah , inikah yang dikatakan ilmu . . . . . . entahlah sedangkan anak murid syeikh Abdul Qadir al jailani pun boleh " failed " inikan aku yang terumbang ambing dek kekurangan ilmu serta kurang mujahadah di jalan Nya , ,

terkapai kapai mencari diri yang selalu dihayuti gelombang nafsu , hanya ke"ikhlas"an dalam beragama sahaja dapat menjadi benteng bagi ku . ikhlas !  apa yang aku pelajari  ikhlas bermaksud melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu semata mata kerana Allah  , mencari keredhoan Nya , bagaimana ? Allah s.w.t hanya menerima amalan yang dilakukan ikhlas semata  mata kerana Nya sahaja , sangatlah merugikan dan memenatkan jika kita lakukan sesuatu bukan kerana Nya  , rugi dan memenatkan ! ! ! , jadi bagaimana untuk mendapatkan ikhlas ?  . . . . . istiqomah dalam setiap amal yang kita lakukan , , dan selalu membetulkan niat kita dalam sesuatu amal dari sebelum , semasa , dan selepas dan sebelum tidur kalau boleh muhasabah diri dan istighfar , selalu merasakan diri ini berdosa dan perlukan hidayah darinya , dan bersangka baik insyaAllah , 
memang tidak dinafikan ,yang bernama manusia pasti terdetik di hati sifat sifat MAZMUMMAH , sifat yang keji , iri hati , dengki , riak , takabur , bakhil ,pemarah , cinta dunia dan sebagainya .sebab itu kita sebagai manusia perlu kepada penyucian hati , pembersihan jiwa .
selalu istighfar dan mengingati mati , bersangka baik , hormati orang yang lebih tua , hargai rakan sebaya, kasih pada kanak-kanak dan ehsan pada makhluk , dan berdoa pada Allah supaya kita dijauhkan daripada sifat2 tersebut dan selalulah mensyukuri nikmat nikmat Nya.
MAZMUMMAH. :Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
Bermujahadah di jalan Allah mengikut cara baginda yang mulia Nabi Muhammad s.a.w
Pesanan untuk diriku sendiri

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Syukran Jazilan atas nasihat ini. Tepat setelah 37 hari selepas hari terindah dalam hidup ku (7/2/2012), blog ini kamu post.

    Dan baru hari ini 20/9/2018, aku diberi izin oleh Allah untuk membaca blog mu, wahai hamba Allah yang dikasihiNya.

    Indah setiap titipan tulisan mu. Alhamdulillah. Sangat menyedarkan jiwa ku dan mengena dengan situasi ku.

    Tiada manusia yang boleh melakukan kebaikan, tiada manusia yang boleh istiqamah, tiada manusia yang boleh mendapat ilmu, melainkan SEMUANYA dengan izin Allah. petunjukNya. kasih sayangNya. pertolonganNya.

    Kebetulan, masyaAllah. Aku hendak menulis berkaitan dengan hal ini. Semoga Allah memberi ilham untuk ku menulis dengan baik sebagai peringatan berterusan buat diri sendiri terutamanya dan semua yang lain yg sudi membaca. Moga Allah beri izin dan petunjuk pada kita untuk mengamalkan ilmu yang Allah ajarkan. Amin.

    ReplyDelete
  2. I am your super big fan. I love to hear your advices. <3 May Allah bless

    ReplyDelete